Pages

Friday, June 18, 2010

Friday, June 11, 2010

Tua Pek Kong, Sibu


Tua Pek Kong Sibu, sebuah monumen yang tersergam di tebing sungai rajang di bandar sibu, bangunan 7 tingkat ini di dirikan pada tahun 1870, pada asalnya bangunan ini merupakan sebuah tokong kecil yang mana bangunannya di buat dari kayu, tetapi pada tahun 1897 bangunan ini diubah suai seperti yang ada sekarang ini.

Bagan Pinang

Gambar di ambil sewaktu pilihanraya kecil bagan pinang, lokasi di Kampung Sua Betong, Port Dickson Negeri Sembilan.

Iban Sarawak



Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Sarip Jail Opss Sorry Pudu Jail

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke Penjara Sungai Buloh.

Taman Negara Pahang...

Lata Berkoh, Sejuk Airnya Sampai Ketulang.
Pemandangan Taman Negara Dari Bukit Terisik setinggi 344 Meter.
Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri.

Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Ayam Berbaju...


Peniaga-peniaga ayam, itik dan angsa di Sibu mempunyai cara unik memasarkan ternakan tersebut. jika selama ini kita melihat haiwan itu diletakkan dalam sangkar plastik di pasar-pasar, di Sibu haiwan itu dibungkus dengan kertas surat khabar seekor-seekor dan diikat.

Keunikan ini dapat dilihat di Pasar Awam bandar Sibu setiap hari apabila lebih 20 penjual ternakan itu memasarkan ayam, itik atau angsa dengan cara itu. selepas dibungkus dengan surat khabar, ternakan itu disusun rapi di atas meja jualan di pasar berkenaan.

Ada juga memanggilnya sebagai ‘ayam berbaju’. Harga seekor ayam antara RM13 hingga RM15 bagi ayam tua manakala ayam kampung RM22 sekilogram. Harga itik pula RM14.

Pembeli perlu membeli ayam atau itik hidup ini untuk di bawa pulang kerana peniaga tidak menyembelih haiwan itu di pasar.

Tun Dr. Mahathir Mohamad



Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Tun Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega yang kini menjadi mercu tanda negara kita seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Thursday, June 10, 2010

Dari Tebing Sungai Rajang



Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.