Pages

Thursday, June 30, 2011

Portrait Of CSL- Chua Soi Lek...

Vanue: Lotus Family Restaurant, Jalan Gasing Petaling Jaya.

Date: 28 June 2011.

Time: 7.30pm - 10.30pm





Wednesday, June 29, 2011

Pemuda UMNO Gempur Ibu Pejabat PKR

Vanue: Ibu Pejabat Perti Kedilan Rakyat, Merchant Square Tropicana, Damansara.

Date: 27 June 2011

Time: 11.00pm




Wednesday, February 16, 2011

Selamat Datang Ke Medan, Indonesia. Edisi Jalan-Jalan.

Pertama sekali, aku sebagai anak malaysia cukup bangga kerana, keluar je aku dari airport polonia medan, mata aku terus ternampak stesen minyak petronas, betul-betul depan pintu masuk airport.


Sarapan pagi di hari pertama sampai di medan, nasi putih, sup daging, bergedil, krepek udang dan semestinya teh botol. semua ni lebih kurang rm 2.50 kalau tak silap la.

Kenderaan favorite penduduk medan, tak tau apa namanya lupa nak tanya supir aku tu mungkin tut-tut kut, aku tak berpeluang pun nak naik pasal aku dah ada supir yang akan bawak aku jalan-jalan naik toyota kijang.


Nama tempat ni "pasar ikan" tapi sekor ikan pun aku tak jumpa kat sini, tempat ini top untuk siapa yang giler shopping, telekung sulam cukup murah kat sini, kalau siapa yang nak tempah baju kemeja atau baju melayu, sinilah tempatnya, jangka masa siap 24 jam. kualiti kain 1st class.

Cara orang medan jual rokok, sebut je rokok apa nak, semua mamat ni ada, dari yang mahal sampai la rokok yang paling cikai, kotak tu sebenarnya dua tingkat, dekat 100 kotak lebih jugak la rokok boleh di isi dalam kotak kayu tu. kat malaysia nak beli rokok tak boleh mintak tawar, tapi dengan mamat ni, rokok berharga rupiah 16,000 boleh dapat 14,000.



Sedih aku tengok dua beranak ni cari rezeki, si ibu yang kayuh beca tu lebih kurang umurnya 50 tahun dan si anak umurnya lebih kurang 12 tahun, dia tiap-tiap hari kayuh beca pusing satu bandar medan untuk kutip tin aluminium, botol, surat khabar dan segala benda yang boleh di jual untuk beli makanan, aku nak ambik gambarnya tapi dia bagi, so aku ambik dari belakang je la, bersyukurlah kita kerana kita di takdirkan lahir di malaysia.

Tuesday, January 18, 2011

Umi Hafilda Press Conference

Location at usj 19. more news klik here.







Me at work, thanks to minaq jinggo.

Awek Oh Awek...

Lokasi: Perkarangan Stadium Bukit Jalil





Wednesday, December 8, 2010

LENGONG: Bercuti Di Lengong Perak 2

Sedikit info mengenai lengong yang aku dapat dari wikipedia dan laman web majlis daerah lengong (mdl) dalam web mdl ada disertakan nombor telefon untuk kita sewa resort dan rest house kat sana.

Air terjun lata kekabu, tempat ni sunyi, kawasan memang cukup cantik untuk berkelah, tapi sayang jalan masuknya sempit, kalau bawak bas, memang tak muat.




Pusat ternakan haiwan, beribu ekor rusa kat sini dan beratus ekor landak kat sini, korang boleh datang melawat, masuk percuma tapi kena mintak kebenaran dari pegawai yang bertugas kat situ dulu, lepas tu boleh bawak balik bulu landak sebagai souvenirs.

Bapak rusa nani.. besar gile beb..

Landak ni jinak, tapi jangan kacau di teruk-teruk, kalau dia marah bunyi yang dia kelurkan lebih kurang macam bunyi rattlesnake, kalau tak percaya try la ketuk kepala dia.


Nenas kecik, aku tak tahu apa nama saintifiknya, tapi memang tak ada isi kalau nak makan, cantik untuk buat hiasan.


Tasik raban, memang cantik giler tempat ni, sunyi dan sejuk, tapi sayang challet nya tak banyak, mengikut staff mdl, sewa chellet tu murah, hari biasa RM 80 dan hari public holiday RM 90, info korang boleh klik website mdl kat atas tu.


Jambatan raja nazrin yang merentasi tasik raban.
Tasik raban di waktu malam.

Sunday, December 5, 2010

LENGONG: Bercuti Di Lengong Perak 1

Tempat yang paling best yang aku pernah pergi, tempatnya sunyi, sejuk dan nyaman. aku bercuti di lengong bersama-sama team jabatan penerangan selama 3 hari 2 malam. cukup sesuai untuk honeymoon.

Pintu masuk rest house lengong, tempat tido aku selama 2 malam.

Kereta perisai yang banyak berjasa kepada negara, di gunakan oleh pasukan polis sewaktu zaman darurat dulu.

Muzium Arkeologi lengong, tempat menyimpan khazanah pra-sejarah manusia di tanah melayu, bersiap-siap untuk berjumpa dengan perak man.


Inilah dia perak man...
Perak man pun ada kad pengenalan beb...




Khazanah dari kapal cina yang karam di perairan perak/malaysia turut di pamerkan. (tapi ini pameran bermusim.)



Jenis-jenis batuan yang ada di perut bumi.
Macam tak percaya, ini debu dari letupan gunung berapi toba, batu sebesar ini boleh terbang beribu-ribu kilometer dan jatuh di perak.
Pemandangan lengong yang hijau dilihat dari menara tinjau di taman arkeologi lengong.



Menara tinjau.
Aku akan upload lagi gambar-gambar lain nanti.