Pages

Wednesday, February 16, 2011

Selamat Datang Ke Medan, Indonesia. Edisi Jalan-Jalan.

Pertama sekali, aku sebagai anak malaysia cukup bangga kerana, keluar je aku dari airport polonia medan, mata aku terus ternampak stesen minyak petronas, betul-betul depan pintu masuk airport.


Sarapan pagi di hari pertama sampai di medan, nasi putih, sup daging, bergedil, krepek udang dan semestinya teh botol. semua ni lebih kurang rm 2.50 kalau tak silap la.

Kenderaan favorite penduduk medan, tak tau apa namanya lupa nak tanya supir aku tu mungkin tut-tut kut, aku tak berpeluang pun nak naik pasal aku dah ada supir yang akan bawak aku jalan-jalan naik toyota kijang.


Nama tempat ni "pasar ikan" tapi sekor ikan pun aku tak jumpa kat sini, tempat ini top untuk siapa yang giler shopping, telekung sulam cukup murah kat sini, kalau siapa yang nak tempah baju kemeja atau baju melayu, sinilah tempatnya, jangka masa siap 24 jam. kualiti kain 1st class.

Cara orang medan jual rokok, sebut je rokok apa nak, semua mamat ni ada, dari yang mahal sampai la rokok yang paling cikai, kotak tu sebenarnya dua tingkat, dekat 100 kotak lebih jugak la rokok boleh di isi dalam kotak kayu tu. kat malaysia nak beli rokok tak boleh mintak tawar, tapi dengan mamat ni, rokok berharga rupiah 16,000 boleh dapat 14,000.



Sedih aku tengok dua beranak ni cari rezeki, si ibu yang kayuh beca tu lebih kurang umurnya 50 tahun dan si anak umurnya lebih kurang 12 tahun, dia tiap-tiap hari kayuh beca pusing satu bandar medan untuk kutip tin aluminium, botol, surat khabar dan segala benda yang boleh di jual untuk beli makanan, aku nak ambik gambarnya tapi dia bagi, so aku ambik dari belakang je la, bersyukurlah kita kerana kita di takdirkan lahir di malaysia.

No comments:

Post a Comment